Monday, November 28, 2011

bersyukur

arghhh.. ptg ni aku agak baran... aku selama ni keje datang siang malam kekadang tgh malam baru balik tak pernah persoalkan apa yang akan dapat... hari ni berlaku mcm tu lagi... 

aku tahulah ini bukan bidang keje diorg tapi... tahun ni korang dapat lebih daripada tahun lepas.. tak cukup dengan ini elaun pun korang dapat, makan dan pakaian yang tidak dipulangkan kembali lagi... tapi dah persoalkan tempat training takde, peralatan xder korang antar atlet lebih ramai tapi dapt 3 jer... aku nak jer persoalkan kenapa tahun-tahun lepas korang tak mewah mcm tahun ni korang leh cemerlang... why..?

adakah atlet2 dulu adalah semuanya atlet SUKMA..? tidakkkk... tapi korang bleh cemerlang sebab korang bersyukur dengan apa yg ada... tahun ni apa jadik...? 

semua dapat tapi atlet tak perform..? why? adakah korang buat hanya melepaskan batuk di tangga...? 

aku bukanlah mengharapkan ucapan penghargaan dan terima kasih tapi... sebagai pihak yg bertanggungjawab dah usaha memenuhi keperluan semua atlet, jurulatih dan pegawai... malah sentiasa buat penambahbaikan... tapi korang... arrghhh.. sedehhh ar klau ada org yang berfikiran mcm ni...

to coach netball, thanks... thanks a lot... 

sedeyyy ar aku.....

Friday, November 11, 2011

sharing is caring

pagi ni tetiba aku nak share ngan korang psl mendaki... aku bukanlah seorang pendaki yang otai sangat pun... mendaki, masuk hutan, survival, berkayak dan apa jua jenis sukan rekreasi ni adalah hobi aku dari zaman aku sekolah sehinggalah sekarang... 

dan aku bukanlah seorg yang gagah perkasa pun utk mengatakan aku seorg yang hebat dan otai dalam otai ni... aku masih baru belajar dalam rekreasi terutama dalam dunia pendakian pergunungan... bak kata seorg guide kepada ku "sudah habis kah gunung2 kat Malaysia ni, yg dok mendaki negara orang.." kata-kata itu telah aku pahat dan akan kekal disitu sebagai ingatan ku tiap kali aku mendaki... why..? kerana kata-kata itu dikeluarkan pada hari besday aku... kini aku merancang mendaki lagi pada tarikh lahirku... insyaAllah.. 






ehhh.. melalut sudahhh... pagi ni apa yang menyebabkan aku nak share... sampai meja dan swith on PC dan pelbagai, tangan ku menari-nari sudut buku-buku aku... mataku terlihat buku The Nepal Trekker's Handbook.. huhuh.. lama sungguh aku tidak menjengahnya... album2 semasa Projek Everest Base Camp.. itu zaman muda mudi... sekarang aku sudah tua ker... nop... dunia outdoor tiada tua atau muda.. sebab hati sentiasa muda... yeayyy... betul tak kengkawan...



tapi....



pendakian pergunungan Malaysia dan negara Asia yang lain amat berbeza.. perbezaan yang utama ialah cuaca... arghhh... so kat sini just sharing ngan korang klau untuk mendaki okay..

Seorang pendaki gunung perlu tahu:
  • tahap kesihatan badan
  • peralatan yang perlu di bawa semasa mendaki
  • lokasi dan keadaan tempat yang ingin didaki
  • latar belakang pihak yang menguruskan aktiviti mendaki
  • jurupandu untuk aktiviti mendaki
  • Memohon kebenaran dari pihak berwajib
  • inform pada kawan aktivi mendaki anda
  • Mengetahui cara “packing” bag yang betul
  • persiapan mental dan fizikal yang secukupnya
  • pihak yang perlu dihubungi sekiranya berlaku permasalahan dalam mendaki



tahap kesihatan badan :

  • Kondusi badan sesuai untuk aktiviti mendaki
  • Sihat tubuh badan sebelum melakukan aktiviti mendaki
  • Sekiranya mempunyai penyakit kronik, pastikan anda mendapat pemeriksaan dari pihak hospital dan di benarkan untuk melakukan aktiviti mendaki


peralatan yang perlu di bawa semasa mendaki :

  • Haversack (bag mendaki)
  • Sleeping bag
  • Mattress (alas tempat tidur)
  • Head lamp
  • Kasut yang sesuai untuk aktiviti mendaki Kasut getah/kasut menoreh pun boleh... Kasut berjenama outdoor dan mempunyai tapak yg sesuai mcm omni-grip,vibram,trial
  • Baju hujan
  • FA kits
  • Khemah (Fly,ground,tali,khemah iqlu)
  • Peralatan mandi
  • Peralatan memasak (Stove @ dapur, gas, coking set, pisau, sudu, garpu, senduk, pinggan, cawan dll)
  • Pakaian(3pasang;1 pasang pakaian trekking, 1pasang pakaian tidur,1pasang pakaian solat)
  • Pakaian sampingan (Tuala–tidak terlalu lebar dan tebal, baju sejuk – memanaskan badan dan tidak terlalu tebal, stoking, sarung tangan,penutup kepala – buff,snow cap dll)
  • Plastik sampah (3helai ; 1-ketika packing, 1-bungkus bag ketika di tapak perkhemahan, 1-menyarung bahagian kaki di luar sleeping bag ketika tidur bagi mengelakan basah sekiranya hujan ketika tidur)
  • Bag menyimpan peralatan penting (hand phone,bag duit dll – pastikan bag menyimpan adalah kalis air)
  • Battery lebih (sesuai dengan jenis battery untuk head lamp)
  • Selipar (digunakan ketika di tapak perkhemahan)
  • Parang atau pisau kecil
  • Peralatan menghidupkan api (lighter, mancis, fire starter)



lokasi dan keadaan tempat yang ingin didaki :

  • Nama gunung yang hendak di daki
  • Lokasi terperinci tempat yang ingin didaki
  • Tentatif perjalanan pendaki yang pernah mendaki
  • Jenis bentuk muka bumi, waterpoint tempat perkehemahan
  • Keadaan cuaca ketika aktiviti mendaki dan di tempat mendaki.



latar belakang pihak yang buat aktiviti mendaki:

  • Kelab atau pihak berniaga
  • Testimonial pengurusan trip mendaki

jurupandu / guide untuk aktiviti mendaki:

  • Berpengalaman dalam aktiviti mendaki
  • Mahir pada kawasan aktiviti mendaki



Memohon kebenaran dari pihak berwajib :

  • Ibu bapa
  • Jabatan hutan kawasan mendaki
  • Pihak polis kawasan mendaki



Memberi tahu rakan aktiviti mendaki :

  • Rakan rapat atau individu yang tidak menyertai aktiviti mendaki
  • Memberitahu lokasi aktiviti mendaki
  • Memberitahu tarikh dan tempoh masa aktiviti mendaki
  • Memberitahu nama atau identity pihak pengurusan aktiviti mendaki
  • Berpesan agar memberitahu pihak berwajib sekiranya berlaku masalah (tidak pulang pada masa yang sepatutnya)



cara “packing” bag yang betul :

  • Peralatan dibungkus dalam bag plastic terlebih dahulu. (mengelakan basah)
  • Peralatan personal disimpan pada compartment bawah bag (sleeping bag,pakaian,pakaian sampingan)
  • Head lamp,baju hujan diletak kan pada bahagian yang mudah diambil
  • Kedudukan air di simpan pada 3/4bahagian bag.
  • dan klau boleh elakkan mengantung barang di bahagian luar bag.



persiapan mental & fizikal yang secukupnya :

  • latihan mental sebagai preparation untuk mendaki
  • Melakukan latihan kecergasan seperti jogging...



Mengenalpasti pihak yang perlu dihubungi jika berlaku permasalahan dalam mendaki :

  • Menyimpan atau mendapatkan nombor telefon pihak jabatan hutan dan polis kawasan mendaki
  • Meninggalkan nombor tersebut kepada rakan yang tidak menyertai agar boleh dihubungi sekiranya berlaku masalah.
  • Menyediakan salinan untuk simpanan peribadi jika korang rasa perlu...



so bagi pendaki yang baru, korang leh kongsi... dan sapa2 yang rajin mengunjungi blog aku boleh COPY and PASTE... tak yah mtk izin... hehehe.. 

kalau korang nak tambah sebab aku tertinggal, boleh jer... hehehe..

pewai... 
 

Tuesday, November 8, 2011

stong

Rindu sama kamu, Stong..nak meluncur laju... arghhhh....

insyaAllah...


Sukan KARiSMA 2011

salam... 

aku baru je balik dari Johor... biasalah.. event KARiSMA 2011... agak sedih sebab kedudukan tak begitu memberangsangkan atas sebab pungutan pingat... arghhh... tapi aku, dan pegawai serta jurulatih telah buat yang terbaik... 


actually tahun ni latihan pusat agak pack siang dan malam.. siang training dan malam pulok ada kursus Sport injuiry, latihan perbarisan dan tayangan gambar... hehehe.. atlet ada jugak yang agak tak boleh nk terima tapi... they have too.. 

kali ni aku malas nak tulis.. korang layan picture jer la,k.. sebab gambar2 pun bleh bercerita gak... hehehe..

Majlis Penyerahan Bendera Kedah

 Rektor kepada Timbalan Rektor


barisan jurulatih 







kontigen kedah

takraw

Hoki dan Tenpin Boling di Johor Bahru





Perasmian Sukan KARiSMA 2011 di UiTM Segamat


barisan pengurusan Kontigen Kedah





















Taekwondo







Silat Olahraga


Bola Keranjang








Majlis Penutup











Sukan KARiSMA Johor secara kesuluruhan memang lah OK... namun begitu BAYES agak ketara kepada tuan rumah... dari segi pengadilan keseluruhan game dan keputusan perbarisan... namun begitu aku tetap mengambil kira keupayaan tuan rumah UiTM Johor sebagai penganjur HARUS DIPUJI okay...





warisan