Monday, March 22, 2010

FINAL EXTREME OUTDOOR QUEST CHALLENGE

salam adidas..

alhamdulilah akhirnya selesai sudah Pertandingan Sukan Lasak ini... namun aku agak terkilan kerana BOSS aku tak turun.... hmmm... tetapi kena gak teruskan... 
disiplin pertama peserta perlu berlari 7km ke Sungai Batu... kemudian berpecah iaitu 2 orang akan berkayak dan seorang lagi akan bebasikal... kat sini aku dah nampak stamina peserta dah weak... walaupun aku sentiasa berpesan buat fitness untuk sebulan yang lepas apabila selesai sudah Saringan Pertama dulu... 

walaupun track final ini agak mudah tetapi bila faktor cuaca yang panas dan jarak berpuluh-puluh kilometer ianya boleh mengugat ketahanan mental peserta... track kali ini tidak berbukit tetapi landai... 

dari berlari, 2 orang akan berkayak 16km dan seorang akan berbasikal sejauh 28 km... setelah selesai mereka akan bertemu di satu simpang yang perlu dilalui untuk kembali ke garisan penamat...

pada 19 Mac 2010 aku telah pun memberi penekanan tentang peraturan keselamatan yang perlu dikikuti oleh peserta termasuklah arahan daripada Urusetia, Marshall dan Skuad Penyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Daerah Kuala Muda... tapi ada jugak peserta yang tidak mendengar arahan marshal dan terlampau laju untuk membelok lalu... sorang peserta berbasikal telah terjatuh dan luka....
geram gak aku... terus aku buat rawatan kecemasan disitu... tidak teruk tapi aku klau boleh nak elak kejadian begini... nasib baik aku keluarkan arahan pakai topi keselamatan semasa berbasikal klau tak tentu kepalanya turut menjadi habuan... hmm...


so aku minta bantuan masyall dan ambulan untuk terus membawa dia keluar dari kawasan tanah berbatu... so far ok... 

so Extreme Outdoor Quest Challenge dah abisss.....  feedback dari peserta seronok dan puas hati... walaupun kesusahan mereka terima namun pengalaman inilah yang tidak akan diperolehi dengan berkata-kata saja... good job lah kepada urusetia Kelab Rekreasi dan Etreme Sport (KeReX's)... thanks a lot sebab banyak membantu... dan tahniah kepada yang berjaya menamatkan pertandingan ini...

sekarang aku kat Bangi... ada Kursus... plak... sebenarnya, habis jer final EOQ Challenge tengahari tu... petang kol 2 aku bawak team hoki ke Alor Setar sebab pasukan aku masuk Liga Hoki Kota Setar... then esoknya pagi aku ke UKM Bangi untuk kursus inilah... hmm...

klah.. nk tido... kepenatan tahap gaban... hahahahah...



Wednesday, March 17, 2010

Tak Tahu @ Tak Pernah..

salam adidas semua....

nasib baik dan aku bersyukur sangat2... macam ni.

sabtu lepas iaitu 13 Mac, aku bawak budak yang akan masuk Final EOQ Challenge dan ahli2 KeReX's ke PAntai Merdeka untuk latihan kayak... so bermula lah episod tak tahu itu.... aku hanya mengingati student aku dan dan ahli KeReX's pakai BA dengan betul2.... tetiba ada sorang daripada peserta EOQ menghampiri aku... 'miss, kami tak pernah pakai dan tak pernah berkayak pun sebelum ini..' what..? 


so aku dengan serta merta arahkan ahli KeReX's stopkan aktiviti kejap dan bagi taklimat pemakaian, kayak, dan keselamatan di air... so aku hanya tambah skit2 jer.. apa yang aku tekankan ialah... pentingnya BA bagi seseorang yang tak tahu berenang dan wajibnya pakai BA jika turun untuk aktiviti air.. dan dengan aku, aku wajibkan... jika student aku pandai berebang sekali pun dan jika hendak main kayak atau rakit di tengah2 laut sekali pun.. wajib pakai!...

 water confident dulu... walaupun lelaki tapi.. ada gak penakut air...



nasib baik lah peserta2 terlus dalam soal kemahiran dan ilmu yang mereka dapat.. dan nasib baik aku bawak diaorg training sebelum hari final.. klau tak tak tahulah apa akan jd masa final nanti.. walaupun pasukan penyelamat JPAM ada tapi keselamatan diri pelajar perlu aku utamakan... kerna aku akui tidak semua selasak aku... 




alhamdulilah.... ada gak improve kemahiran kayak dan ada jugak 2-3 orang yang cuba kapsize... aku happy jika mereka berjaya mengharungi cabaran yang aku berikan kepada mereka... GOOD LUCK!

bergambar bersama sebelum balik ke UiTM

Monday, March 15, 2010

FINAL - EXTREME OUTDOOR CHALLENGE

salam adiDas...

YES.! final Extreme Outdoor Quest.... kali ni aku akan buat track yang senang, tak banyak halangan seperti masuk hutan dulu cuma jarak yang akan menguji kesabaran, stamina dan ketahanan mental...

track untuk final ini akan menggunakan separuh laluan yang aku simpan untuk International Extreme Outdoor Quest Challenge yang aku tak jadi buat atas faktor2 tertentu... track ini akan bermula dari UiTM kemudian masuk kawasan kampung, jalan sawah padi seterusnya sampai ke Tanjung Dawai dengan berbasikal... kemudian mereka akan berkayak dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka and return... kemudian dari Tg Dawai, peserta akan berbasikal ke Simpang 3, Singkir dan drop basikal di situ... kemudian peserta akan berlari pulang ke UiTM Kedah untuk penamat... hahhahahha... YEZZA..!

Final EOQ Challenge ini merangkumi 3 disiplin utama iaitu berbasikal, berkayak dan maraton... jarak untuk basikal 36km, berkayak 12km dan 11km maraton... ini barulah EOQ Challenge yang sebenarnya...tetapi ianya akan lebih cantik jika laluan marathon ada naik turun masuk hutan berbukit seperti di Lata Mengkuang... hehehhehe.. tengoklah... aku nak simpan utk International.. heheehe... nak jadikan seperti Ironman gitu.. hehhehe.. sukeeeeeeeeeee....

so.. 5 group yang layak, telah pun memulakan latihan kayak di Pantai Merdeka untuk biasakan diri mereka dengan laut... namun sabtu lepas air laut tenang tapi... keadaan laut akan berombak skit pada sabtu ini... adakah mereka sudah bersedia..? hehhehe..

bunyi macam senang tetapi jika anda tidak melaluinya... anda tidak akan tahu.. so ini cabaran untuk anda...


----------- IMPOSSIBLE IS NOTHING ------------