Wednesday, April 21, 2010

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA NAIB CANSELOR KALI KE-6 2010

salam adiDas semua.....

agak lama aku tak jeguk sini sebab banyak activity kena handle... hehhehe dan yang terbaru dan lepas iaitu minggu lepas... aku menjadi physioterapy kepada pasukan bola sepak staf aku... bermula dari latihan sehinggalah ke minggu game... secara tak langsung aku turut sama turun padang main bola.. hehhehehe... terkejut ker...? aku tak lah pandai main tapi.. setakat nak tendang tu bleh la... huhuhuhu...

so pada kejohanan Bola Sepak NC kali ke-6 ini telah diadakan di UiTM PErlis, Arau dari 11 hingga 17 April 2010... dan untuk kali pertama ini, pasukan kami layak ke suku akhir... jom ar.. layan gambar....

 pemain @ coach...

training petang2...
bertemu ngan Shah Alam.. kalah 2-0...

ngan budak2 futsal yang banyak berjasa.... dari kiri ahyat, fatin, ain dan rara...

bertemu ngan Kampus Puncak Alam.. menang 7-0..

main dalam hujan...

warm up... akan bertemu ngan Kampus Terengganu suku akhir...


1st line up..

aku.. yang duduk ditepi padang... 

mineral water yang letakkan di tepi padang... 

naper aku amik gambar kasut ngan mineral water ni..? sebab.. game di suku akhir sangan buat aku sakit hati... team aku tak secergas.. lembab... aku rasa macam nak suruh sorang tu kuar.. biar aku ganti... huhuhuh..

 ni plak.. gambar aku tak puas hati... light training pg tu coach tak kasi aku join...

so pada team kedah, itu jer yang kita ada... so tahniah dan terima kasih kerana anda bermain untuk UiTM Kedah... great job guys...!


Training...

salam geng adiDas...

hari ini bermulalah Final Exam bagi semua student diploma dan degree setiap Kampus UiTM... begitu akan rasa sunyi pada sekian waktu bagi menghadapi dan mengadap kertas soalan... malam-malam ada yang masih membuat ulangkaji dan study bagai nak 'rak' dan masih ada yang bersukan... masing-masing punya cara untuk menghilang kan stress... 

saat ini aku mengingat kembali zaman aku study di UiTM... aku jenis yang tidak study last minute sebab aku lebih banyak memberi tumpuan dalam kelas... dan ulangkaji hanya pada waktu selepas solat subuh.. waktu petang dan malam adalah waktu aku bersukan.. masuk gym, baca komik kesukaan atau novel dan apa2 saja asalkan bukan study.. dan sekarang aku bekerja di UiTM cuma Kampus UiTM yang berbeza.. hmm... what a memoir...

pada bulan ini sehinggalah 9 Mei, aku masih training... untuk meletakkan nama UiTM Kedah dan student di tempat tertinggi di Malaysia selari dengan Kampus UiTM yang lain... insyaALLAH... ada jugak dikalangan student yang akan join walaupun dalam bulan peperiksaan... aku tidak memaksa dan aku tidak katakan WAJIB... kerana aku telah mengingatkan... buat training sendiri dan usaha untuk sampai dipuncaknya... so terpulanglah... adakah mereka ini mahu sampai atau tidak...? kerana laluannya amat sukar dan ianya akan menguji tahap mental dan fizikal kita.. so traininglah adik2 ku... kejayaan anda tidak datang bergolek.... tinggal lagi beberapa hari sahaja jer lagi... hitunglah...

aku telah capai ke puncak tertinggi itu sudah 2 kali.. sekali semasa aku masih bergelar student dan buat solo pada tahun 2007... tahun ini aku membawa student dan nama UiTM Kedah.. 

---------------- IMPOSSIBLE IS NOTHING -------------------

Thursday, April 8, 2010

KPT-CABARAN ORIENTEERING 1 MALAYSIA 2010

salam adiDas semua...

apa yang anda tahu tentang orienteering..? kompas n peta..? yup but orienteering ni ada banyak jenis dan macam2 peraturan mengikut kesesuaian kita.... meh sini aku terangkan skit...

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
  • Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
  • Norwegian Event

so aku nak citer tentang KPT-Cabaran Orienteering 1 Malaysia yang aku bawak team pada 1 hingga 4 April yang lepas di Bandar DiRaja Pekan, Pahang.... memang best.. aku sebenarnya tidak menaruh harapan terlalu tinggi pada atlit hard core aku ni... cuma harapkan diaorg buat yang terbaik dan selamat cukuplah... 


perjalanan pada waktu petang dari Utara... hujan plak... kabus memang adalahh... seronok sangat jika dapat hiking time2 macam ni.. miss sangat2..

kami tido dalam bas di Perhentian Temerloh... malam tu aku sampai ingatkan nak makan tempoyak ikan patin tapi 'licin'..huhhuh... kecewa sudah....

suke... sebab dah sarapan... masa ni pun tak dapat ikan patin tempoyak... huhuhu... kat Perhentian temerloh... kabus je kat belakang...

makan tengahari di Bandar Pekan sebelum student aku g solat jumaat kat masjid yang berdekatan... sebab lepas ni kami akan ke Dewan untuk taklimat...

inilah student hard core uitm kedah... sebanarnya ramai lagi tapi bila time2 nak pegi tu penyarah tidak lepaskan sebab ada final presentation pada 2hb April.. apa boleh buat... 

hamdi ngan awe... di tempat permulaan...

masa ni baru lepas majlis makan malam bersama tetamu kehormat


aku n team... time ni nak balik...


aku n feq uitm penang...

keputusan penuh pasukan aku dapat no 13 dan 34 dari 170 pasukan yang mengambil bahagian... kira aku puas hati... sebab inilah team yang tidak pernah join orienteering masa tahun lepas di UUM, Sintok... dengan strategi dan fitness, mereka dapat buat dengan baik dan bersaing dengan pelajar-pelajar yang sudah biasa dengan orienteering ini... tahniah aku ucapkan kepada student aku... 

------------ IMPOSSIBLE IS NOTHING ---------------

warisan