Monday, March 22, 2010

FINAL EXTREME OUTDOOR QUEST CHALLENGE

salam adidas..

alhamdulilah akhirnya selesai sudah Pertandingan Sukan Lasak ini... namun aku agak terkilan kerana BOSS aku tak turun.... hmmm... tetapi kena gak teruskan... 
disiplin pertama peserta perlu berlari 7km ke Sungai Batu... kemudian berpecah iaitu 2 orang akan berkayak dan seorang lagi akan bebasikal... kat sini aku dah nampak stamina peserta dah weak... walaupun aku sentiasa berpesan buat fitness untuk sebulan yang lepas apabila selesai sudah Saringan Pertama dulu... 

walaupun track final ini agak mudah tetapi bila faktor cuaca yang panas dan jarak berpuluh-puluh kilometer ianya boleh mengugat ketahanan mental peserta... track kali ini tidak berbukit tetapi landai... 

dari berlari, 2 orang akan berkayak 16km dan seorang akan berbasikal sejauh 28 km... setelah selesai mereka akan bertemu di satu simpang yang perlu dilalui untuk kembali ke garisan penamat...

pada 19 Mac 2010 aku telah pun memberi penekanan tentang peraturan keselamatan yang perlu dikikuti oleh peserta termasuklah arahan daripada Urusetia, Marshall dan Skuad Penyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Daerah Kuala Muda... tapi ada jugak peserta yang tidak mendengar arahan marshal dan terlampau laju untuk membelok lalu... sorang peserta berbasikal telah terjatuh dan luka....
geram gak aku... terus aku buat rawatan kecemasan disitu... tidak teruk tapi aku klau boleh nak elak kejadian begini... nasib baik aku keluarkan arahan pakai topi keselamatan semasa berbasikal klau tak tentu kepalanya turut menjadi habuan... hmm...


so aku minta bantuan masyall dan ambulan untuk terus membawa dia keluar dari kawasan tanah berbatu... so far ok... 

so Extreme Outdoor Quest Challenge dah abisss.....  feedback dari peserta seronok dan puas hati... walaupun kesusahan mereka terima namun pengalaman inilah yang tidak akan diperolehi dengan berkata-kata saja... good job lah kepada urusetia Kelab Rekreasi dan Etreme Sport (KeReX's)... thanks a lot sebab banyak membantu... dan tahniah kepada yang berjaya menamatkan pertandingan ini...

sekarang aku kat Bangi... ada Kursus... plak... sebenarnya, habis jer final EOQ Challenge tengahari tu... petang kol 2 aku bawak team hoki ke Alor Setar sebab pasukan aku masuk Liga Hoki Kota Setar... then esoknya pagi aku ke UKM Bangi untuk kursus inilah... hmm...

klah.. nk tido... kepenatan tahap gaban... hahahahah...



2 comments:

Anonymous said...

extreme la kak oi....

pijankodok said...

heheheheheh...

warisan