salam adiDas...
anda bukan seorang pendaki tegar jika anda belum menjejaki Gunung Tahan.. apatah lagi jika dari Kuala Tahan ke Merapoh (Kuala Tahan-Gunung Tahan-Merapoh) atau Merapoh ke Kuala Tahan (Merapoh-Gunung Tahan-Kuala Tahan) ... begitu juga aku... XPDC kali ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual walaupun penyetaan kali ini kami seramai 5 orang saja... dari 20 orang - 10 orang - 2 orang - 1 orang - 2 orang = 5 orang... heheheh... walaupun keputusan lewat dibuat pada petang itu kami teruskan juga dengan sokongan dari Mr Garfu, our guide kami....
awie, along dan hawa...
makanan yang telah dibahagikan..
beg sapa yang paling tinggi..?
pintu masuk..
naik 4x4... hawa, awie dan along..
gambar dulu sebelum masuk hutan ke Lata Luis..
pada 2.30 petang 3 julai, kami bergerak masuk ke Kuala Juram iaitu pintu masuk trails ke Gunung Tahan diketuai oleh Bro Garfu... dari Kuala Juram kami bergerak masuk ke Kuala Luis dalam 5km perjalanan... meredahi 2 sungai...lewat petang kami masak dan makan.. kami bermalam di tepi sungai saja...aku dan along masuk khemah awal sedangkan awie, bro garfu dan hawa ber'sesi' ice breaking... pada aku sesi ice breaking semasa pendakian lebih senang.. heheheh.... malam tu hujan lebat.. aku risau gak air naik hingga kawasan penginapan kami... sehinggalah hujan berhenti.. aku terlelap seketika dan terjaga dalam jam 4 pagi...
jam 5 pagi aku kuar khemah tanpa mengejutkan awie apabila bro garfu bangun.. sebab aku mmg tidak berani nak ke sungai dalam keadaan gelap apatah lagi hujan baru berhenti... hehhe... dalam dok cuci mestin, bro garfu bercerita perlahan 'malam tadi diaorg berhujan bawah hemock.... aku terkedu seketika... mencari makna rupa-rupanya..... hahhahahah.... korang leh tanya awie n hawa ok... hahahhah... takpun back link ini ok....
promote OHM... hehehehe
kem lata luis..
aku dan along
kem kubang
buah orange yang kami makan sepanjang perjalanan...
kem berlumut
aku jahit tight adidas aku yang koyak skit di kaki...
khemah aku...
buat parit..
dalam jam 5.30 petang kami sampai... masak dan makan... malam tu jugak hujan turun dengan lebatnya... khemah aku selamat dari takungan air cuma khemah hawa dan along jer nampak mcm berakit... aku bangun dan kuar buat longkang... bro garfu plak tahan air hujan untuk masak esok pagi... lagipun air di Kem Berlumut berwarna kuning... hehhehe.. so dapatlah aku masak untuk sarapan pagi esok... heheheh...
masak sarapan di Kem Berlumut...
frog bergambar di Bonsai...
awan yg tebal...
frog aku dah penat...
di bukit botak
misi aku tercapai juga akhirnya...
Misi aku twister dan frog aku di Puncak G. Tahan...
Gunung Tahan... dengan frog aku..
5 trekkers of 1st batch OHM
adidas di Puncak Tahan
we @ 5 trekkers
information of Merapoh Trails
8 julai- kami bertolak dari kem kor ke Kuala Juram lewat jam 10 pagi... beg aku masih berat.. lama gak aku termenung nape beg aku masih berat... huhu... mungkin terlalu penat... walaupun kami akan keluar dari hutan tapi bagi aku jika turun bukit akulah orang paling bermasalah.. hehhee... sepanjang perjalanan Tahan.FM masih kedengaran.. ada permintaan lagi.. so layan lagu sambil layak track dan sungai... akhirnya kami sampai di Kuala Juram jam 3.30 petang dengan selamatnya... sambil tunggu Mr Jaei, orang Taman Negara datang amik, kami menjemur khemah, beg dan mandi.. jam 4.30 petang kami bergerak kuar ke Taman Negara Sg Relau...
aku, along, hawa, awie dan bro garfu bersama-sama dinner kat Perhentian Benta
------------- IMPOSSIBLE IS NOTHING --------------------
2 comments:
tahniah chef..sedap la nampak spaghetti tu!
sis diana, thanks... nanti nak g g.tahan ajak lah... ahaks.... (masuk bakul angkat sendiri) ;)
Post a Comment