Wednesday, March 23, 2011

Paddle

hai geng... seperti entry yang lepas pasal kayak, so hari aku nak terang skit pasal paddle atau pendayung... betul ker... "pendayung" dalam bahasa melayu...hmm.. apa-apalah... janji korang tahu paddle ok...






Pendayung adalah alatan yang kedua terpenting dalam aktiviti berkayak. Ia berfungsi untuk menggerakkan kayak anda ke semua arah dan juga... untuk mempraktikkan teknik-teknik yang telah anda pelajari. 

Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya berlawanan kedudukannya. Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin terhadap mata dayung yang berada di udara sewaktu berdayung. Sebagaimana kayak, pendayung juga mempunyai anatominya yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakkan dayungan.

Blade ( Bilah mata dayung )
Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakkan kayak. Ia mempunyai berbagai bentuk dan saiz bergantung kepada penggunanya.


Tip (Pelindung mata dayung)
Kepingan logam yang beada di hujung mata dayung. Berfungsi melindungi mata dayung dari kerosakan akibat hentakan. Tidak semua pendayung mempunyai tip.


Shaft/Loom/Bar (Batang Pendayung)
Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.


Neck (Leher Pendayung)
Bahagian percantuman antara blade dan shaft.

Drip Ring (Bulatan Getah)
Bahan yang diperbuat daripada getah atau plastik dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsi utamanya ialah menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tiddak semua pendayung mempunyai drip ring.

Front Of Blade ( Muka Dayung )
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Back Of Blade ( Belakang Dayung )
Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.



oklah itu serba skit mengenai paddle ni... actually aku tak lah major sangat paddle ni.. sebab tak semua paddle aku pernah tengok... cthnya.. paddle yang mempunyai tip pun aku tak pernah tengok ok... hahaha..

 pelbagai bentuk...
 paddle untuk surfing.. lain skit...

 paddle untuk kenu, surf dan bot-bot nelayan atau bot penyelamat...

sebab paddle ni ada 2 klasifikasi iaitu paddle single blade dan double blade... single blade digunakan untuk kenu, perahu panjang surfing dan di bot-bot nelayan dan penyelamat... paddle double blade untuk semua jenis aktiviti kayak... 

paddle ni ada banyak jenis.. ada untuk tour.. ada untuk game... dan ada untuk white water rafting... dan ada juga untuk riadah or leisure... dan yang terbaru ada untuk surfing... so klau korang nak tahu lebih lanjut, korang kena tanya PAKAR kayak ok... hehehe... atau korang kena search internet ok...

kat mana korang leh jumpa diorang...hmm... aku teka je tau.. sebab diaorg ni kat mana-mana bleh ada.. dan ada ramai yang lebih experience.. hehehe... bleh cari diorg kat kedai outdoor la.. terutama yang jual kayak2 dan paddle.. hehehe.. 


nanti klau ada masa aku terang skit tentang isyarat semasa berkayak..


huhuhu... mental koyak...

No comments:

warisan