Thursday, April 8, 2010

KPT-CABARAN ORIENTEERING 1 MALAYSIA 2010

salam adiDas semua...

apa yang anda tahu tentang orienteering..? kompas n peta..? yup but orienteering ni ada banyak jenis dan macam2 peraturan mengikut kesesuaian kita.... meh sini aku terangkan skit...

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
  • Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
  • Norwegian Event

so aku nak citer tentang KPT-Cabaran Orienteering 1 Malaysia yang aku bawak team pada 1 hingga 4 April yang lepas di Bandar DiRaja Pekan, Pahang.... memang best.. aku sebenarnya tidak menaruh harapan terlalu tinggi pada atlit hard core aku ni... cuma harapkan diaorg buat yang terbaik dan selamat cukuplah... 


perjalanan pada waktu petang dari Utara... hujan plak... kabus memang adalahh... seronok sangat jika dapat hiking time2 macam ni.. miss sangat2..

kami tido dalam bas di Perhentian Temerloh... malam tu aku sampai ingatkan nak makan tempoyak ikan patin tapi 'licin'..huhhuh... kecewa sudah....

suke... sebab dah sarapan... masa ni pun tak dapat ikan patin tempoyak... huhuhu... kat Perhentian temerloh... kabus je kat belakang...

makan tengahari di Bandar Pekan sebelum student aku g solat jumaat kat masjid yang berdekatan... sebab lepas ni kami akan ke Dewan untuk taklimat...

inilah student hard core uitm kedah... sebanarnya ramai lagi tapi bila time2 nak pegi tu penyarah tidak lepaskan sebab ada final presentation pada 2hb April.. apa boleh buat... 

hamdi ngan awe... di tempat permulaan...

masa ni baru lepas majlis makan malam bersama tetamu kehormat


aku n team... time ni nak balik...


aku n feq uitm penang...

keputusan penuh pasukan aku dapat no 13 dan 34 dari 170 pasukan yang mengambil bahagian... kira aku puas hati... sebab inilah team yang tidak pernah join orienteering masa tahun lepas di UUM, Sintok... dengan strategi dan fitness, mereka dapat buat dengan baik dan bersaing dengan pelajar-pelajar yang sudah biasa dengan orienteering ini... tahniah aku ucapkan kepada student aku... 

------------ IMPOSSIBLE IS NOTHING ---------------

No comments:

warisan