Wednesday, April 21, 2010

Training...

salam geng adiDas...

hari ini bermulalah Final Exam bagi semua student diploma dan degree setiap Kampus UiTM... begitu akan rasa sunyi pada sekian waktu bagi menghadapi dan mengadap kertas soalan... malam-malam ada yang masih membuat ulangkaji dan study bagai nak 'rak' dan masih ada yang bersukan... masing-masing punya cara untuk menghilang kan stress... 

saat ini aku mengingat kembali zaman aku study di UiTM... aku jenis yang tidak study last minute sebab aku lebih banyak memberi tumpuan dalam kelas... dan ulangkaji hanya pada waktu selepas solat subuh.. waktu petang dan malam adalah waktu aku bersukan.. masuk gym, baca komik kesukaan atau novel dan apa2 saja asalkan bukan study.. dan sekarang aku bekerja di UiTM cuma Kampus UiTM yang berbeza.. hmm... what a memoir...

pada bulan ini sehinggalah 9 Mei, aku masih training... untuk meletakkan nama UiTM Kedah dan student di tempat tertinggi di Malaysia selari dengan Kampus UiTM yang lain... insyaALLAH... ada jugak dikalangan student yang akan join walaupun dalam bulan peperiksaan... aku tidak memaksa dan aku tidak katakan WAJIB... kerana aku telah mengingatkan... buat training sendiri dan usaha untuk sampai dipuncaknya... so terpulanglah... adakah mereka ini mahu sampai atau tidak...? kerana laluannya amat sukar dan ianya akan menguji tahap mental dan fizikal kita.. so traininglah adik2 ku... kejayaan anda tidak datang bergolek.... tinggal lagi beberapa hari sahaja jer lagi... hitunglah...

aku telah capai ke puncak tertinggi itu sudah 2 kali.. sekali semasa aku masih bergelar student dan buat solo pada tahun 2007... tahun ini aku membawa student dan nama UiTM Kedah.. 

---------------- IMPOSSIBLE IS NOTHING -------------------

No comments:

warisan