Wednesday, February 1, 2012

Kayak Kolej Malinja

salam guys..

sorry lambat sungguh entry ni nak kuar... nak wat camner... ada keje yang tidak boleh diabaikan... hehehehe... oklah... jom.. pada 20 jan yang lepas, program kayak yang telah dirancangkan pada tahun lepas oleh JPK Malinja telah pun terlaksana... alhamdulilah... sebenarnya edisi kayak bersama JPK Malinja seringkali tertangguh atas sebab-sebab tertentu... tapi atas sebab minat dan kesungguhan mereka terutama student di tahun akhir amat  dihargai... apatah lagi mereka turut memintak ahli KeReX's utk membantu mereka...

jufri, JPK sukan Malinja..


lori yang bawak kayak sewa... hehehehee...


hilmi dan jufri yang sejukkk...

so seperti dijadualkan tepat jam 7.30 pagi, naik lori bersama student yang sanggup angkat kayak dan terus ke Kuala Sungai Segantang Garam... pagi yang hening dan lihat air telah pasang... cepat-cepat  turunkan kayak kerna lori yang sama akan mengambil student yang naik bas..... pagi itu memang ada tanda hari akan hujan dan... titis hujan akan turun bila-bila masa saja... 


aku yg sedang melihat diorg turunkan kayak..


hahaha.. seronok diorg dpt naik lori...


8.15 student yang lain sampai dengan lori yang bwk kayak tadi... yalah bas tak boleh masuk kerna jalan di kawasan pokok bakau ni kocek jer... heheheh.. so diorg jadi pendatang kejup.. hahahhaa... so me mintak tlg edham dan myra amik tugas utk anatomi BA or PFD, sedkit tentang paddle dan last sekali sesi buddy sistem.. 




myra dan edham berbincang.. sapa nak lead dulu....adehhh... ^^


myra


JPK Masria, JPK Mahsuri, JPK Murni dan JPK Malinja bersatu...


antara JPK tertinggi kolej...


me mulakan dengan sedikit warmup dan taklimat tentang perjalanan kali ni... lepas taklimat kami mulakan gerakan dari kuala sungai... yang baru pertama kali kayak me biarkan edham, myra, hilmi, farhan dan jufri serta adha dan die mengajar perlahan-lahan... 


tidak lama kemudian barulah me turun setelah memastikan tiada barang2 yang ditinggalkan termasuklah makanan.. hehehehe... 


raftig..


together...









10 minit kemudian kami raf bersama-sama... masa nilah kalau sesiapa nak tukar partner dan mandi serta makan... tidak terkecuali me... dan disinilah me membuat pertukaran partner memandangkan ada yang masih lemah dalam kawalan.. hentian kami tidak terlalu lama... hujan mula turun renyai-renyai dan cuaca agak kelam... huhuhu....




muka ceria...








bagi me inilah pengurusan strees yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar... beriadah dan bersukan akan menghilangkan stress dan merehatkan seketika kepenatan otak yang setiap hari dan saat berdepan dengan akademik, assignment dan test serta sebagainya....


 


10 minit kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Pantai Merdeka... laut tidak begitu bergelora so masing-masing laju untuk sampai di Pantai Merdeka... apatah lagi hujan renyai-renyai sudah berhenti namun mendung tetap ada...


parking kayak...




akhirnya kami sampai di Pantai Merdeka jam 1030 pagi... hehehehe.. 1 jam setengah jer... good la... so lepas kayak naik darat me bagi diorg rest, makan dan juga mandi manda...  




ombak yang agak bergelora...


tetap happy..




11.00 pagi kami mula gerak ke Tg Dawai.. oleh kerana angin agak kencang dan laut jugak agak bergelora... hahahaha.. amik kowt.. itulah cabarannya... ada yang mengadu penat tapi masih laju... tambahan pula ianya merupakan laluan bot-bot... hahahahaa... 


saat ini me ingat kembali zaman-zaman me mengharungi ombak-ombak laut yang mencecah ketinggian 7-8 kaki... itu zaman kenakalan yang orang ckp ' geng brutal dan berani mati'... hahaha... tetapi itu dulu... zaman budak-budak nakal... what's a memoir...


kami yang nakal... 


muka ceria...


akhirnya setelah bertungkus-lumus mengharungi gelora laut, kami sampai di Tg Dawai tepat jam 11.45 pagi... hahahaha... tak pernah me buat rekod 45 min... apapun me masih mengutamakan keselamatan student-student me... cepat-cepat naik kan kayak dan bertolak balik ke UiTM... 


sempat kowt bergambar...




sepanjang perjalanan dalam bas, student2 me perasan tentang t-shirt merah yang me pakai.. apa maksud Orang Hutan Malaya.. so me pun memberi info serba sedikit tentang KOHM...  aktiviti rekreasi dan riadah yang lebih kepada sukarelawan dan penjagaan alam sekitar... 


kat sini me turut selitkan sikap dan pemikiran student-student yang aku rasakan tak perlu membenci atas kesilapan-kesilapan yang pernah mereka pada masa dulu tetapi sebaliknya... nasihat dan memberi contoh tentang risiko dan apa yang akan terjadi pada masa akan datang jika perubahan pemikiran tidak dilakukan... bagi me, mereka itu sudah bergelar MahaSiswa/i dan bergraduan tinggi.... klau tiada perubahan yang banyak, tapi sedikit perubahan itu sudah mencukupi bagi me...


aktiviti mencuci sambil berleter... hehehhe..


sambil kerja-kerja mencuci dijalankan, me masih turut bertanya apa akan mereka lakukan setelah selesai belajar... bekerja dan berkeluarga... bagaimana pulak dengan hobi dan masa untuk diri sendiri, kengkawan... pertanyaan me itu membuatkan mereka diam dan me andaikan akan ada perubahan... 


lepas cuci mula angkat masuk lori dan me terus drive untuk simpan.. dan terus menghantar student lelaki balik kolej naik lori.. alhamdulilah... sempat lagi student-student lelaki pergi solat Jumaat... 


me sampai umah petang selepas menghantar myra ke kolej nya jam 2.30 petang... badan mula rasa letih dan esok me akan bertolak ke negeri sembilan... yup ke kampus kolo piloh... hahahahaa... 


yup... JCU Gng Angsi dan RS Batu Maloi bersama geng Jabatan PERHILITAN Ng Sembilan dan KOHM... see you guys at entry gua batu maloi... hehehehehe... 


No comments:

warisan