bagus tak tajuk kat atas itu.... hahahahahaa...
actually Gunung Tahan ini adalah projek kesinambungan dari program Jejak G7 yang student aku buat... tahun lepas aku dan isz di Chamah dab Ulu Sepat... tahun ni ke Gunung Tahan pulak... insyaAllah tahun depan ke Transiti V2 pulak... so lengkaplah diaorg dengan G7.. apa itu G7...? korang bukak internet cari sendirik ok.. sebab karang ada yang cakap aku 'copy paste' pulak... hehehehe...
peranan aku kat sini bukan lah untuk tunjuk aku hebat ke apa ker... itu semua bukan niat ku... walaupun secara peribadinya.. aku dah pun complete G7 dan hampir lengkap G12... tapi aku tak kejar semua itu... aku ingin kepuasan... mengutip kembali memori yang pernah aku ada dulu dan aku tinggalkan begitu saja... aku mahu tinggalkan keegoaan yang dulu teguh but nothing..! so lupakan dulu tentang aku...
aku hanya mahu lihat kepuasan di wajah-wajah mereka.. mereka-mereka ini yang tidak pernah langsung ada memori di dunia pergunungan dan rekreasi... mereka hanya mengenal tetapi tidak pernah sekali pun menjejaki.. tidak pernah tahu apa itu G7, G11 malah G12... hanya dengar Everest..! hahahaha...
sorry lah geng... aku tak berniat nak sakitkan hati sesiapa... cuma kata2 dan pertanyaan bro sham kepada aku "dah habis ke naik gunung-gunung kat Malaysia ni...?", terselit kat jantung aku.. tampal dan teguh disitu.. sehinggakan kemana-mana saja org cerita kehebatan gunung-gunung luar negara... apa gunung kita tak hebat ker...? dah habis ke gunung-ganang dan bukit-bukau kat Malaysia ni korang naik...? aku..?
aku belum lagi habis G12... malah gunung2 dan bukit bukau malah Bukit Tabur dan Broga pun aku belum jejak lagi.. tapi aku dah sampai di tempat yang diimpikan oleh pendaki-pendaki...
apapun itu semua rezeki masing-masing....
mental koyak...
No comments:
Post a Comment