Monday, May 31, 2010

Melakar sejarah..

salam geng...

aku telah melakar sejarah untuk diri aku sendiri apabila berjaya membuat hatriks iaitu 3 kali tawan Gunung Kinabalu namun... tahun ini adalah satu rekod iaitu membawa pelajar-pelajar ku climbing bersama.. perasaan nya amat berbeza... 

Impossible is Nothing menjadikan aku seorang tabah dan tekad bagi membantu pelajar2 ku meletakkan UiTM Kedah sebaris dengan Kampus UiTM yang lain di Low Peak Gunung Kinabalu iaitu ketinggian 4095.2 M... sebenarnya agak susah apabila aku menjadi ketua projek Expedisi ini malah ada bebanan yang aku pikul..aku inginkan ianya menjadi kenyataan apabila Big Boss aku setuju dan memberi sokongan sepenuhnya asalkan semua studet selamat pergi dan kembali... 

aku dan student telah bertolak dari UiTM Kedah pada 16 Mei setelah student aku mendengar kata-kata hikmat dan penyuntik semangat daripada Pengarah Kampus. Bermalam di UiTM Shah Alam dan pagi esoknya bertolak ke LCCT untuk flight Air Asia ke Kota Kinabalu... aku sampai agak lewat iaitu kol 8malam.. so dah ada bus UiTM Sabah menunggu aku.. lagipun flight aku lewat skit dari student aku... hehehehe... niat lain sebenarnya aku nak bagi diaorg belajar dan dah ada pengalaman naik flight.. hehehe... bagus kan...


 di Kinabalu Park...
so pada 18 Mei awal pagi aku membuat lawatan ke Unit Sukan UiTM Sabah.. sambil tgk2 kemudahan sukan... dan terus ke Taman Kinabalu serta bermalam disana.. so segala persiapan telah pun aku aturkan... disini aku bagi kelonggaran kepada staf dan pelajar aku yg nak g jejalan.. heheheh... tgh dok jejalan kami terasa lapar... masa tu plak dalam kol 4ptg.. apalagi balik bilik aku pun kuarkan maggi yg aku beli masa on the way kesini.. sharelah reramai.. heheheh... oh ya.. aku lupa nk mention nama amoi, staf sukan gak di UiTM Sabah.. so dialah yg secara langsung dilantik pengawai pengiring aku kat sini.. hahahaha... lepas dr jam so kol 7.30 malam, time makan then rehat... masa tu plak hujan, bah.. baru kaki gunung aku tgk student aku dah ada yg kuarkan sweater... aku..? masih lagi bert-shirt sajer.. belum tahap sejuk lagi... sebab aku dah banyak lemak kan.. huhuhuhuhuhu... jika nak bandingkan dulu, aku mmg tahan sejuk.. even dok kat kaki gunung pun aku dah nak sengsara.. hahaha... 

 aku dan amoi makan maggie dalam teko... huhuhu... kelaparan yang datangnya dari perut amoi... hahahhaa..


menunggu waktu makan malam.. agak sejuk time camni.. baru jam 6.00 ptg.. hmm... dah nak gelap.. macam jam 7.30 malam klau di semenanjung..
 gambar sebelum ke Timpohon Gate..
so 19 Mei, aku dan student aku dah bertolak ke Timpohon selepas mendengar taklimat sikit dari guide kami iaitu Saigul, Syafik dan Jypelus... aku mengambil 3 guide walaupun hanya 2 guide diperlukan.. tapi aku perlukan 3 guide kerana aku perlu memastikan staf dan student aku yang tak biasa dengan cuaca dan cabaran sepanjang mendaki gunung Kiinabalu ke Laban Rata yang bakal kami menginap di Gunting Ladahan iaitu pada ketinggian 3223M.. 

pakat-pakat galas beg..
aku dan en khamis berbincang sesuatu..
 aku sudah menjadi porter bila mak aku menyerahkan begnya kepada ku...


mak aku perlahan-lahan mendaki... umur pun dah tua tapi masih tetap menyertaiku walaupun aku sudah menghalang... aku bangga dengan mak aku ini.. kredit utk bonda ku..


aku dan wafa, student akhir UiTM Kedah
 
pendakian ke Laban Rata... kawasan Bonzai waktu ini...
 

aku dan amoi di Laban Rata..

akhirnya group pertama sampai kol 2 ptg dan aku terus mintak dia check in dulu... begitu juga aku group ke 2 sampai kol 3 ptg.. aku betul2 stress bila mak dan adik aku belum sampai... lepas aku check inn aku terus turun ke Laban Rata.. niat dihati aku mahu rasanya aku turun... mmg ada guide tapi aku biasalah... bila ketua projek aku perlu pastikan mereka yang dibawah tanggungan aku selamat dan ok.. so dalam kol 5.30 ptg mereka sampai... aku terus memakaikan baju sejuk dan glove kepada mak aku... dan aku belikan milo panas utk adik aku dan kopi panas utk mak aku.. student aku yg lain pun turut sama risau tentang mak aku.. hmmm... lepas makan aku mintak semua student dan staf aku yang lain rehat di bilik dan tdo.. sbb esok pagi jam 2.30 pagi kami akan naik ke Puncak...


aku dan amoi di Gunting Lagadan, tempat penginapan kami...

malam itu kol 10.30 malam, aku tgk keadaan mak aku kurang sihat.. begitu juga Amoi yang mengadu pening kepala.. sejuk dan pernafasan berbunyi kasar... so aku letakkan minyak panas di tapak kaki dan aku pakaikan stokin kepada mak aku... aku amik sleeping beg yang aku bawak dan doublekan untuk mak aku.. walaupun selimt sudah tebal namun tidak cukup keselesaan utk mak aku... lepas tu baru mak aku ok dan selesa.. sama juga aku lakukan kepada kawanku Amoi... letakkan minyak panas ke tapak kakinya... sian jugak aku tgk.. sama jugak keadaan yang berlaku kepada pelajar aku.. nasib baiklah student aku ikut arahan aku supaya membawa sweater tebal, stokin tebal dan glove.. hmmm... 


dalam kol 1.30 pagi aku dah kejutkan staf dan student lelaki utk mengambil sarapan... tapi staf lelaki xnak.. begitu jugak aku... aku hanya memberi arahan supaya meraka yang nak turun amik makanan berhati-hati kerana licin..

dalam 2.30 pagi 3 guide kami sudah ada tunggu di Gunting Lahadan sambil tunggu pintu pagar ke Puncak di buka oleh penjaga situ.. so ramai jugak yang naik sebenarnya.. mak, adik lelaki aku dan amoi tidak naik sebab keadaan kesihatan yg kurang mengizinkan...

aku biarkan student aku dan staf aku naik dulu dan aku serta guide di belakang... pada mulanya mereka agak laju tapi lama kelamaan semakin slow... namun langkah aku tetap laju... guide katakan kepada ku... "ijan, kamu pegi dulu, yg lambat tinggalkan kepada kami.." pada mulanya aku kurang confident tapi fikirkan aku perlu kehadapan pasti mereka akan mengekori ku... 

 aku di 8.0 km iaitu di ketinggian 3929M... flash dari kamera..huhuhuhu..

menyaksikan sunrise... sungguh indah ciptaan-Nya...

 aku dan fatin...

betul.. sorang demi sorang student aku potong dan mereka mengikut jejakku dengan perlahan... dan aku dengan staf lelaki sampai di Low Peak dengan ketinggian 4095.2 M kemudian fathiyah dan edham mengikut jejakku.. mengambil gambar then aku turun sedikit sambil tunggu student aku yg lain.. fatin cirit birit tapi sampai jugak di ketinggian 4025.3M.. aku berkeras tidak bagi dia naik ke Low Peak kerana keadaan dia sudah tidak mampu berjalan.. nora, isz dan wafa'a... berjaya naik ke Low Peak dan aku membawa fatin turun dengan perlahan.. keadaan angin yang kuat memperlahankan langkah kami... pada jam 6.45 am, cuaca sudah terang.. aku nampak guide sudah mengarahkan pendaki2 turun... ini adalah wajib kerana pendaki tidak boleh berada di Puncak pada jam 7 pagi keatas... sbb akan dilitupi oleh Awan Jantan iaitu kabus tebal... 

 en khamis dan abg mie...

 aku berjaya buat hatriks... hehehehe... sapa ntah kat belakang aku tu.. nyibuk jer....

 edham dan fath..


abg mie, aku dan adam..

  wafa, isz dan nora...

 yesszaa... matahari sudah memancar... tapi udara masih sejuk..

 aku berlatar belakangkan Puncak Serindik..

 jom turun... cantikkan permandangan dari atas gunung

 laluan naik yang aku naik pagi dalam 3 pagi... huhuhuh...

so aku dan student sampai dalam kol 8 pagi.. aku mengarahkan mereka yg sampai packing barang dan turun untuk sarapan... sapa yang tidak mampu membawa beg boleh upah guide kami untuk bawak beg.. ini adalah untuk mengelak dari kecederaan...


my luv..


signboard...

jam 10 pagi aku dan pelajar ku mula turun... dan aku lihat 6-8 orang staf dan pelajar aku mula sakit kaki.. aku menyuruh mereka turun dengan perlahan-lahan dan selamat... perlu berada di Timpohon jam sebelum 4.30 ptg... 

isz, aku dan amoi... 

aku bersyukur sangat sebab semua yang pergi selamat turun... walaupun injured dan ada yang ngengkang.. tapi semua nya berpuas hati... so turun 20hb... ptg itu kami balik terus ke UiTM Sabah... aku memberi mereka rehat sepenuhnya pada 21hb..


22 Mei, aku membawa beriadah dan bercuci mata di Pulau Manukan.. heheheh... cuci mata beb dan... jeng.. jeng... aku terserempak dengan abg bear dan kawannya Dr. Shah di Jelton Point... hahaha.. tapi aku tak pula menegurnya sebab maluu... hehehee... lagipun masa tu mereka sudah berada di dalam bot... mcm nak pergi diving jer.. heheh


23 Mei g shoping2 kat Gaya Street dan Pasar Philiphine... sukahati koranglah... cuma kena pandai jaga diri... then ptg kami jejalan di Tanjung Aru dan Karambunai tgk sunset...


24 Mei, pagi2 lagi kami dah sarapan di IP buat kali terakhir.. sebelum ke Lapangan Terbang, Abg Azaman driver bus UiTM Sabah bawak kami jejalan kat Sutera Habour... fuh cantik gitu...


so plan aku untuk tahun depan sebenarnya ke Gunung Tahan plak.. tapi tak tahulah lagi klau teringin nak ke Gunung Santubong Gunung Sejinjang... heheheh... so untuk buat rekod baru dalam UiTM Kedah bukanlah senang bila ada usaha-usaha yang kurang senang...


apapun 1st projek dah berjaya... nama UiTM Kedah sudah terpahat di Puncak Tertinggi Asia Tenggara... 


--------------- IMPOSSIBLE IS NOTHING ----------------



Friday, May 7, 2010

Gunung Kinabalu

salam adiDas..

agak lama aku sepi dalam blog adidas ni... bukan aku menyepikan diri tetapi kesibukan keje tahap GABAN... hahhaha.. btullah... boleh dikatakan aku datang ofis awal menghabiskan kejer yang bertangguh.. dan kini audit plak nak datang.. tak lama lagi aku akan kendalikan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT di Daerah Baling dan Sik... agak penat sebenarnya kerana mengendalikan student yang pelbagai karenah.. dn pembahagian kampung last2 minute buat disebabkan jadual MUET yang diubah sesuka hati.. aku juga agak tension ngan bos aku yang amik ringan dan mudah dalam hal2 audit.. so aku malas nk cakap dan meningatkan berulang kali.. so i leave it to you...!!

kali ni aku nak cakap pasal Gunung Kinabalu... yup aku akan ke Gunung Kinabalu kali ke-3.. Insyaallah... buat hatriks.. hahahhaha.. weh gelak besar nampak...! ohh.. tidak... insyaAllah.. dengan Izin-Nya... tapi kali ini target aku bukannlah hatriks tapi letak nama UiTM Kedah di puncak tertinggi di Malaysia... yup.. aku akan bawak 10 orang pelajar ku yang aku dah buat latihan harian dan mingguan... 

bila tahu aku akan mendaki gunung kinabalu ini dengan bawak student, rata-rata pihak pengurusan dan akademik memandang rendah terutama kepada student aku... tapi aku tidak peduli tentang itu sebab bagi aku jika hanya tertumpu kepada akademik semata-mata, di manakah kehidupan..? Apakah yang berlaku di dunia luar jika hanya tinggi dalam akademik sahaja...? so aku dah tanamkan 'bullet' target setiap seorang pelajarku... jangan amik peduli tentang itu...

so kini training sudah masuk fasa terakhir... dan esok aku akan ke Gunung Jerai untk laihan mingguan seperti biasa... minggu depan kami hanya buat light training... no injury.. just for mental dan motivasi.. 


.....impossible is nothing.....
 

Wednesday, April 21, 2010

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA NAIB CANSELOR KALI KE-6 2010

salam adiDas semua.....

agak lama aku tak jeguk sini sebab banyak activity kena handle... hehhehe dan yang terbaru dan lepas iaitu minggu lepas... aku menjadi physioterapy kepada pasukan bola sepak staf aku... bermula dari latihan sehinggalah ke minggu game... secara tak langsung aku turut sama turun padang main bola.. hehhehehe... terkejut ker...? aku tak lah pandai main tapi.. setakat nak tendang tu bleh la... huhuhuhu...

so pada kejohanan Bola Sepak NC kali ke-6 ini telah diadakan di UiTM PErlis, Arau dari 11 hingga 17 April 2010... dan untuk kali pertama ini, pasukan kami layak ke suku akhir... jom ar.. layan gambar....

 pemain @ coach...

training petang2...
bertemu ngan Shah Alam.. kalah 2-0...

ngan budak2 futsal yang banyak berjasa.... dari kiri ahyat, fatin, ain dan rara...

bertemu ngan Kampus Puncak Alam.. menang 7-0..

main dalam hujan...

warm up... akan bertemu ngan Kampus Terengganu suku akhir...


1st line up..

aku.. yang duduk ditepi padang... 

mineral water yang letakkan di tepi padang... 

naper aku amik gambar kasut ngan mineral water ni..? sebab.. game di suku akhir sangan buat aku sakit hati... team aku tak secergas.. lembab... aku rasa macam nak suruh sorang tu kuar.. biar aku ganti... huhuhuh..

 ni plak.. gambar aku tak puas hati... light training pg tu coach tak kasi aku join...

so pada team kedah, itu jer yang kita ada... so tahniah dan terima kasih kerana anda bermain untuk UiTM Kedah... great job guys...!


Training...

salam geng adiDas...

hari ini bermulalah Final Exam bagi semua student diploma dan degree setiap Kampus UiTM... begitu akan rasa sunyi pada sekian waktu bagi menghadapi dan mengadap kertas soalan... malam-malam ada yang masih membuat ulangkaji dan study bagai nak 'rak' dan masih ada yang bersukan... masing-masing punya cara untuk menghilang kan stress... 

saat ini aku mengingat kembali zaman aku study di UiTM... aku jenis yang tidak study last minute sebab aku lebih banyak memberi tumpuan dalam kelas... dan ulangkaji hanya pada waktu selepas solat subuh.. waktu petang dan malam adalah waktu aku bersukan.. masuk gym, baca komik kesukaan atau novel dan apa2 saja asalkan bukan study.. dan sekarang aku bekerja di UiTM cuma Kampus UiTM yang berbeza.. hmm... what a memoir...

pada bulan ini sehinggalah 9 Mei, aku masih training... untuk meletakkan nama UiTM Kedah dan student di tempat tertinggi di Malaysia selari dengan Kampus UiTM yang lain... insyaALLAH... ada jugak dikalangan student yang akan join walaupun dalam bulan peperiksaan... aku tidak memaksa dan aku tidak katakan WAJIB... kerana aku telah mengingatkan... buat training sendiri dan usaha untuk sampai dipuncaknya... so terpulanglah... adakah mereka ini mahu sampai atau tidak...? kerana laluannya amat sukar dan ianya akan menguji tahap mental dan fizikal kita.. so traininglah adik2 ku... kejayaan anda tidak datang bergolek.... tinggal lagi beberapa hari sahaja jer lagi... hitunglah...

aku telah capai ke puncak tertinggi itu sudah 2 kali.. sekali semasa aku masih bergelar student dan buat solo pada tahun 2007... tahun ini aku membawa student dan nama UiTM Kedah.. 

---------------- IMPOSSIBLE IS NOTHING -------------------

Thursday, April 8, 2010

KPT-CABARAN ORIENTEERING 1 MALAYSIA 2010

salam adiDas semua...

apa yang anda tahu tentang orienteering..? kompas n peta..? yup but orienteering ni ada banyak jenis dan macam2 peraturan mengikut kesesuaian kita.... meh sini aku terangkan skit...

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
  • Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
  • Norwegian Event

so aku nak citer tentang KPT-Cabaran Orienteering 1 Malaysia yang aku bawak team pada 1 hingga 4 April yang lepas di Bandar DiRaja Pekan, Pahang.... memang best.. aku sebenarnya tidak menaruh harapan terlalu tinggi pada atlit hard core aku ni... cuma harapkan diaorg buat yang terbaik dan selamat cukuplah... 


perjalanan pada waktu petang dari Utara... hujan plak... kabus memang adalahh... seronok sangat jika dapat hiking time2 macam ni.. miss sangat2..

kami tido dalam bas di Perhentian Temerloh... malam tu aku sampai ingatkan nak makan tempoyak ikan patin tapi 'licin'..huhhuh... kecewa sudah....

suke... sebab dah sarapan... masa ni pun tak dapat ikan patin tempoyak... huhuhu... kat Perhentian temerloh... kabus je kat belakang...

makan tengahari di Bandar Pekan sebelum student aku g solat jumaat kat masjid yang berdekatan... sebab lepas ni kami akan ke Dewan untuk taklimat...

inilah student hard core uitm kedah... sebanarnya ramai lagi tapi bila time2 nak pegi tu penyarah tidak lepaskan sebab ada final presentation pada 2hb April.. apa boleh buat... 

hamdi ngan awe... di tempat permulaan...

masa ni baru lepas majlis makan malam bersama tetamu kehormat


aku n team... time ni nak balik...


aku n feq uitm penang...

keputusan penuh pasukan aku dapat no 13 dan 34 dari 170 pasukan yang mengambil bahagian... kira aku puas hati... sebab inilah team yang tidak pernah join orienteering masa tahun lepas di UUM, Sintok... dengan strategi dan fitness, mereka dapat buat dengan baik dan bersaing dengan pelajar-pelajar yang sudah biasa dengan orienteering ini... tahniah aku ucapkan kepada student aku... 

------------ IMPOSSIBLE IS NOTHING ---------------

warisan